Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang sahabat yang menyumbangkan artikel ini kepada saya... semoga dia bahagia selamanya...
Apa itu cinta???
Cinta diertikan sebagai yang mencintai dan yang dicintai. Ini kerana cinta itulah kehidupan, ada manusia berbuat melakukan sesuatu kerana dorongan perasaan cinta. Bukan hanya manusia, binatang pun sesungguhnya berbuat sesuatu kerana dorongan perasaan cinta. Bezanya manusia berbuat sesuatu kerana kesedaran akalnya, manakala binatang kerana nalurinya. Dalam diri manusia, cinta boleh dipengaruhi oleh akal dan nafsu. Kedua-dua elemen ini sangat penting dalam menggerakkan cinta. Oleh sebab itu, sebagai seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman, jangan biarkan cinta memakan diri...
Mengapa kita bercinta...
Dalam sesuatu hubungan intim, mungkin kita tertanya-tanya sama ada kita sedang bercinta atau hanya mempunyai perasaan sebagai sahabat karib sahaja. Lazimnya jikalau seseorang itu sedang dilamun percintaan, ia akan dapat membezakan perasaannya tetapi kekeliruan wujud jikalau mereka tidak akui kewujudan perasaan tersebut.
Jenis-jenis cinta...
1.Cinta Persahabatan
Hasil daripada persahabatan dan ia timbul secara perlahan-lahan. Ia mengambil masa yang panjang untuk mengenali pasangan sebelum wujudnya perasaan cinta contohnya dengan rakan sekelas.
2.Cinta Romantik
Ia merupakan tarikan fizikal dan sosial. Melalui pertemuan pertama sudah tertarik dan memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.
3.Cinta permainan (Ludus)
Kurang pergantungan dan tanggungjawab. Biasanya ia lebih daripada satu pasangan dalam sesuatu masa. Tidak serius dan tidak mendalam perasaaan cintanya dan gemar membuat hubungan cinta secara mendadak dan tidak teratur.
4.Cinta Logikal(Pragma)
Cuba mencari pasangan yang terbaik dan menetapkan ciri-ciri khusu terhadap pasangannya. Sentiasa sabar menangguh hubungan cintanya sehingga betul-betul merasakan individu yang ditemui memenuhi kriteria yang dikehendaki.
5.Cinta Pengorbanan(Agape)
Suka membantu,amat memahami dan pemaaf dan terlalu penyabar. Bersikap terbuka, menerima cinta daripada orang yang berbeza personaliti. Memberi cinta dan kasih sayang denga rela hati tanpa sebarang syarat. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan pasangannya bahagia dan rela mengenepikan cita-cita sendiri.
6.Cinta kepunyaan (Mania)
Memiliki sifat cemburu dan ingin bersama setiap masa. Tidak suka pada perpisahan dan mementingkan keperluan diri serta terlalu mengawal, mengongkong dan memiliki. Sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan.
Agak-agak sesiapa yang bercinta ni, tergolong dalam cinta jenis ape???
Cinta menurut Islam...
Cinta sebagai satu fitrah. Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha
mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah
Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.
Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.
Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara' yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi.
Jadi.. kita Bagaimana???
Ha.. ni yang best... bagaimana ek dengan budak sekolah? Adakah, mereka patut bercinta ketika di sekolah???
Pengalaman belajar disekolah berasrama menunjukkan hampir setiap pelajar mempunyai naluri untuk menyayangi dan disayangi. Kalau tidak mempunyai teman istimewa, memadai dengan mempunyai adik, abang atau kakak angkat atau mempunyai rakan karib sebagai tempat mengadu dikala kesunyian dan kesusahan.
Tahap percintaan amat berbeza dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Suasana ini menjadi lebih ketara bagi mereka yang berada diasrama penuh. Mengesan pelajar yang sedang diamuk cinta adalah mudah sekali. Lihatlah perubahan yang berlaku pada orang yang sedang bercinta, contohnya jikalau dulu pakaian tidak bergosok, kini begitu kemas dan bergaya, berminat dengan perfume dan kalau dulu senang bersama kawan-kawan, kini menjadi lebih terkawal dan agak pemalu apabila berhadapan dengan orang yang diminati.
Bercinta sebenarnya mengkhayalkan. Semuanya penuh dengan keseronokan. Sanggup melakukan apa sahaja bagi menarik minat atau menyukakan orang yang dicintai. Adakah anda terfikir, jika begitu kuatnya perasaan cinta boleh mengubah pelajar, kenapa tidak menggunakan konsep cinta terhadap pelajaran. Walaupun ia tidak sekuat perasaan cinta dengan teman istimewa, memadailah dengan memberi sedikit rasa cinta terhadap cita-cita untuk berdaya.
Jadi, fikir-fikirkan lah ek...
Jiwang time....