Masa Sinar...

Saturday, July 17, 2010

Music is my Soul...



Saya tidak boleh nafikan lagi tentang jiwa saya... Saya akui bahawa saya memang cintakan muzik dan muzik adalah jiwa saya (music is my soul..) Saya juga terpaksa akui bahawa kaunseling bukan jiwa saya, tetapi saya boleh gunakan kaunseling sebagai jalan tengah untuk menuju kepada muzik yang telah menjadi soul saya... Saya sendiri tidak bercita-cita untuk terus berkeciimpung dalam dunia kaunseling semata-mata. Mungkin pada satu hari nanti saya akan menyambung pengajian peringkat master dalam bidang muzik. Namun begitu, saya mungkin akan meneruskan amalan tentang apa yang saya belajar, tetapi mungkin lebih kepada pendekatan muzik, atau erti kata yang lain terapi muzik (Muzik Theraphy)



Pada hari Ahad yang lepas, saya ada menyaksikan persembahan orkestra UPSI dan Southwest University of China di panggung budaya. Persembahan pada malam sangat menarik. Dengan gabungan alat muzik jenis strings, tiupan dan percussions. Ia amat menarik sehingga mampu menegakkan bulu roma saya. Saya berasa sangat tenang apabila mendengar dan melihat persembahan orkestra tersebut. Tiba-tiba saya terfikir, elemen muzik sangat bagus untuk menangani masalah fisiologi terutamanya masalah pengurusan stress. Hal ini terjadi kepada saya... selepas mengikuti persembahan tersebut hati saya sangat tenteram dan saya sangat gembira sehingga boleh melupakan apa yang menggangu fikiran saya.. Saya juga terfikir, dengan menggunakan pendekatan muzik, pelajar-pelajar mungkin lebih tertarik untuk mengikuti program motivasi, berbanding dengan pendekatan yang stereotaip yang selalu diamalkan dan kalau lebih pun mungkin hanya sedikit terkeluar dari kebiasaan... Mungkin itu hanyalah pendapat saya. Dan saya amat dahagakan pendapat orang lain supaya saya dapat memperoleh pelbagai input yang membina...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails